Hic Et Nunc Tutorial
Cara termudah and murah untuk menjual-beli seni NFT
NFT ASIA DISCORD: https://discord.gg/NyEEuz9ZNp
I. The Wallet

Dapatkan ‘wallet’ Tezos. Terdapat 3 pilihan: Temple, Galleon and Kukai. Tutorial ini menggunakan wallet Temple.​​​​​​​​​​​​​​



Sesudah anda memasang extension Temple ke pelayar web Chrome. Klik “Create a New Wallet”​​​​​​​



Kata laluan anda perlu mempunyai:
8 huruf ke atas
Sekurang-kurangnya satu (1) nombor
Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar
Sekurang-kurangnya satu (1) huruf kecil


PENTING: Sila catatkan seed phrase anda ditempat yang selamat, dan pastikan anda tidak hilangkan seed phrase anda. Jika hilang, semua akaun and jualan anda tidak dapat diakses.



Sekarang anda mempunyai sebuah wallet!​​​​​​​


Pin-kan wallet anda untuk akses yang mudah.



Ini adalah alamat wallet anda:​​​​​​​
II. Getting Tezos (XTZ)
Di Malaysia, tiada laman web bursa aset digital (DAX) yang menyediakan servis jual-beli Tezos. Anda perlu mencari DAX antarabangsa yang menyediakannya. Boleh cuba di Binance, Coinbase, Kraken, eToro, Coinmama, dsb. Tetapi risiko adalah atas anda sendiri kerana laman-laman ini tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Cara termudah untuk memulakan adalah dengan meminta bantuan artis lain untuk salurkan anda 1 XTZ. Ramai artis yang mahu membantu artis-artis lain memulakan perjalanan di dunia Tezos. 
Anda juga boleh mendapatkan Tezos secara percuma di Tezos Fountain didalam kumpulan Discord Hic Et Nunc:
https://discord.gg/H446UcAw (link ini sentiasa berubah)
Selain itu, Tezos juga boleh didapati di laman Twitter Tezos NFT Faucet:



III. Hic Et Nunc
Pergi ke hicetnunc.xyz - klik “sync”​​​​​​​
Sambungkan wallet anda
Untuk mint (mencipta NFT anda), klik di menu, kemudian pilih OBJKT.
Isikan informasi dan upload.
Upload, semak dan sahkan.
Kemudian, pergi ke “Manage Assets”.
Klik OBJKT anda
Kemudian klik “Swap”


Isikan berapa anda mahu jual, serta harga jualan. Kemudian, klik “Swap”
Sahkan, dan tamat!
If the transaction is successful, you should "Collect for"
Adakalanya transaksi akan gagal, anda perlu “Swap” lagi sehingga berjaya. Anda boleh semak disini.
Untuk dapatkan Verified Profile, sila isikan borang ini:
 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdlHVqzIxPFL-gAXNxEefyBtI3g3_wiCgcf80bX4tYsXC7b5A/viewform



IV. Cashing Out

Tukar XTZ ke wang fiat
Untuk tukarkan Tezos ke Ringgit, anda perlu menghantar Tezos dari wallet anda ke bursa aset digital (DAX).
Saya sarankan untuk menggunakan “Rocket” sebagai kepantasan transaksi.
Ikuti arahan di bursa aset digital (DAX) tersebut untuk mengeluarkan wang anda.
Good luck!
Translated by: Twitter.com/putraisyraq
Back to Top